Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

ULAMAK NUSANTARA

Islam telah bertapak di Nusantara Melayu seawal 700 Hijrah atau mungkin lebih awal dari itu. Ini terbukti dengan terdirinya kerajaan Islam Melayu - Terengganu (Batu Bersurat), Acheh (Perlak), Majapahit (Kerajaan Demak) dan Champa.

Kemasukan Islam ke kawasan ini adalah bersumberkan pendakwahan ulama' bermazhab Syafie' dari Baghdad, Iraq dan Hadralmaut, Yamen melalui kerajaan-kerajaan yang tersebut bersama perdagangan jalur lautan Nusantara (sea trade route). Penyebaran ugama Islam merangkumi desa, kota hinggalah ke istana. Apabila kesedaran untuk memahami ilmu Islam berkembang, maka wujudlah pengajian di rumah-rumah ulama' sehingga menjadi madrasah dan seterusnya menimbulkan penempatan-penempatan pelajar di sekeliling rumah / madrasah sehingga tercetusnya sistem pengajian tradisi yang dinamakan "Pengajian Pondok". Konsep pengajian halaqah (bulatan) di hadapan tuan-tuan guru serta penadahan kitab-kitab klasik Arab dan Jawi telah berkembang biak daripada Tanah Melayu, selatan Thailand (Pattani), Singapura, Brunei, Kamboja, Selatan Filipina, Tanah Jawa, Sumatera dan Kalimantan yang disebut Nusantara.

Kewujudan sistem pengajian pondok ini telah mempengaruhi ketamaddunan umat Melayu Islam Nusantara daripada segi kesusasteraan, ekonomi, politik, perundangan negara, sosio-budaya masyarakat Melayu, keperibadian serta ideologi kehidupan sehingga mampu mengeluarkan ulama'-ulama' Nusantara yang berwibawa seperti Sh. Yusof Halwati Sulawesi/Markasa, Sh. Daud Al-Fattani, Sh. Arshad Al-Banjari, Sh. Abd. Rauf Al-Fansuri dan Sh. Tok Wan Ahmad Al-Fattani, terbilang nama mereka serta penulisan kitab-kitab mereka bukan sahaja di Nusantara ini tetapi juga di seluruh dunia. Malah, kitab-kitab ini disimpan oleh penjajah-penjajah seperti Belanda, Inggeris dan Portugis hingga ke hari ini sebagai sebahagian dari bahan sejarah mereka.Sila click dan rujuk dibawah.

 Abdus Samad Falambangi           Syeikh Daud Fathani                    Ismail Minangkabauwi

Hamzah Fansuri                              Syeikh Ahmad Fathani

Abdul Rauf Singkli                          Syeikh Wan Ali Al Fathani                   

Tuk Kenali                                        Tuan Guru Daud Bukit Abal

Tokku Paloh                                    Tok Selahor Kelantani

Yusuf Makasar                              Tuan Tulis

Tuan Tabal                                    Wali Sembilan

Abdul Rahman Limbong           Tuan Guru Mamat Merbau Patah

Raja Haji                                      Syeikh Abdul Wahab Rokan

Imam Ishak                                Syeikh Haji Ahmad AlBakir

Muhd Arsyad AlBanjari           Tuan Hussain Kedah

Syeikh Nawawi AlBantani      Muhd Said Al Linggi